Sambutan Hari Guru 2013.

17/5/13 – Sambutan Hari Guru peringkat SK.Buntong telah diadakan dalam situasi yang meriah sekali dengan perarakan yang diiringi oleh paluan kompang di bawah pimpinan Cikgu Roslan.

untuk melihat gambar :

1) Majlis perasmian sila klik : http://skbuntong.edu.my/?page_id=1564

2). Majlis pemberian hadiah dari murid-murid sila klik : http://skbuntong.edu.my/?page_id=1594

3) Sukaneka Guru-Guru sila klik : http://skbuntong.edu.my/?page_id=1616

Ujian TID Tahun 6 / 2013

8/5/13 – Ujian TID (Talent Identification Development) telah dijalankan di SK.Buntong.ia bertujuan untuk mengenalpasti bakat murid (Tahun 6) yang bersesuaian untuk sukan-sukan tertentu.Ujian ini merangkumi kepantasan,kecekapan,kelenturan dan komposisi tubuh badan yang sesuai untuk sukan tertentu.

Kelihatan Cikgu Sariman sedang mengambil catatan masa bagi pelajar Tahun 6 Bestari.

Program Celik Bahasa.

29/4/2013 – ( Isnin ) ‘Program Celik Bahasa’ anjuran Panitia B.Melayu telah diadakan semasa perhimpunan pagi.Persembahan terdiri daripada wakil kelas 2 Cemerlang  acara pantun manakala wakil kelas 5 Cemerlang bagi acara bercerita.

Adik Divya dari 5 Cemerlang – bercerita

Adik Samentha dari 5 Cemerlang – bercerita

Wakil dari kelas 2 Cemerlang.

Jamuan Perpisahan.

25/4/13 – Jamuan perpisahan telah diadakan bagi meraikan guru pelatih dari IPGM Kampus Ipoh yang akan tamat praktikum 1,iaitu Cik Zura dan Cik Sivagami dari opsyen B.Inggeris (SK).

Untuk melihat gambar-gambar sekitar majlis jamuan sila ke galeri.

Lawatan Kelab Guru.

18/4/13 – Jam 9.00 malam seramai 39 orang (guru seramai 5 orang bersama ahli keluarga) telah berangkat ke Singapura untuk lawatan bagi aktiviti Kelab Guru 2013 yang diketuai oleh Cikgu Sariman. Pelbagai tempat menarik yang telah dilawati selama 2 hari 1 malam.

Untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya sila ke Aktiviti Kelab Guru.

Bersama YB.Dato’ Seri Husni Hanadzlah.

12/4/13 – Jumaat jam 3 petang,satu Majlis Penyampaian Bantuan Kelab Guru & PIBG Daerah Kinta Utara 2013 telah berlangsung di Dewan Besar Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak Ipoh.Majlis tersebut telah disempurnakan oleh  YB.Dato’ Seri Hj.Ahmad Husni b.Hj. Mohamad Hanadzlah (Menteri Kewangan ke-2).SK.Buntong telah menghantar En.Abd.Manap selaku Pengerusi Kelab Guru manakala Pn.Anita Nani adalah YDP PIBG dan En.Mokhar mewakili Guru Besar ke majlis tersebut.